???? KELAS ONLINE SOURDOUGH BERSAMA ADAM
Nak belajar membuat Sourdough sendiri tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana?
Jom sertai Kelas Online Sourdough secara live melalui Zoom bersama Adam, Founder Cooven.
???? Kelas ini terbuka kepada orang ramai!
Anda tidak perlu menjadi pengguna atau memiliki FE Cooven untuk menyertai kelas ini. Sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar membuat Sourdough dialu-alukan.
Ini bukan kelas yang anda hanya duduk dan melihat demonstrasi.
Kelas akan dijalankan secara hands-on dan live melalui Zoom. Kita akan berada di dapur masing-masing dan membuat Sourdough bersama-sama, langkah demi langkah.
???? Tarikh: Akan ditetapkan bersama peserta
⏰ Sesi utama: 10.00 pagi – 1.00 petang
???? Platform: Zoom
???? Yuran: RM188 seorang
Sepanjang kelas, Adam akan membantu melihat:
✅ Keadaan dan tekstur doh
✅ Tahap keaktifan Sourdough Starter
✅ Suhu persekitaran peserta
✅ Tempoh final fermentation yang sesuai
✅ Waktu terbaik untuk membakar roti
✅ Masalah pada doh dan cara membetulkannya secara langsung
Untuk proses final fermentation dan baking, waktunya lebih fleksibel kerana perkembangan setiap doh mungkin berbeza.
Adam akan melihat keadaan sebenar doh setiap peserta sebelum menentukan waktu fermentation dan baking yang paling sesuai.
BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN
???? Tepung roti (Bread Flour)
???? Garam
???? Sourdough Starter yang aktif
Jika anda belum mempunyai Sourdough Starter, anda boleh mendapatkannya daripada komuniti atau peminat baking berdekatan, membelinya secara online ataupun membuatnya sendiri terlebih dahulu menggunakan tutorial percuma di internet.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
???? Banneton Basket berbentuk oval, sekitar 20 cm (±1 cm)
???? Scoring Lame atau pisau untuk membuat corak pada roti
Belajar Sourdough secara hands-on jauh lebih berkesan berbanding sekadar melihat demonstrasi.
Jika berlaku sebarang masalah semasa proses membuat roti, kita boleh mengenal pasti puncanya dan membetulkannya terus pada waktu itu juga.
Kalau hanya melihat orang lain membuat Sourdough, tidak banyak bezanya dengan menonton video tutorial di internet, kan? ????
Kali ini, kita akan membuat Sourdough pertama anda bersama-sama! ????❤️
Yuran: RM188 seorang
Tempat adalah terhad bagi memastikan setiap peserta mendapat bimbingan yang secukupnya.